BINCANGKAN APLIKASI HUKUM KANUN MELAKA DAN KESANNYA KEPADA UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Published on

2. Bincangkan Aplikasi Hukum Kanun Melaka dan Kesannya kepada Undang-Undang di Malaysia

 

-Aplikasi Hukum Kanun Melaka

   Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka dan Risalat Hukum Kanun (dalam Bahasa Arab). Ia juga merupakan dokumen yang digubal sebagai panduan bagi seseorang pemerintah dalam menjalankan pemerintahan. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang tradisional tertua di negara ini. Ia berasal daripada hukum yang dibuat oleh Raja Iskandar Dzulkarnain dan kemudiannya diwarisi pemerintah Melaka pada abad ke-15. Undang-undang ini sungguh penting kerana menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

  Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu, perilaku jenayah di dalam negeri Melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus. Hal ini demikian kerana setiap jenayah akan dikenakan hukuman yang setimpal. Sebagai contoh kesalahan membunuh akan dibalas dengan hukuman bunuh. Ini sudah tentu akan menjadi peringatan dan rakyat takut melakukan jenayah,sekaligus negara akan aman serta keselamatan rakyat lain terpelihara.

  Selain itu, Hukum Kanun Melaka penting sebagai sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu. Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut undang-undang negara. Tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri" dalam kalangan masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau undang-undang awam menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh. Peruntukan hukuman yang lengkap dalam Hukum Kanun Melaka ini sesungguhnya telah menjadi panduan yang sempurna dalam menjalankan pemerintahan kerajaan.

  Kepentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut, terkandung satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar dalam membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu dan produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

  Di samping itu, kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi mempertahankan sistem sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan golongan raja dengan rakyat jelata. Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh jurangnya dengan golongan yang diperintah, hak masing-masing sentiasa terpelihara. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri, maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu tradisional. Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan rakyat samada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. Bagi memastikan perbezaan antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka diadakan pelbagai peraturan dan larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud jurang antara pemerintah dengan rakyat, justeru memperkukuh kedudukan Raja. Misalnya, Raja sahaja yang berhak memakai pakaian kuning, payung kuning, pakaian nipis, keris berhulu emas. Rakyat dilarang menggunakan barang-barang tersebut kecuali dianugerahkan oleh Raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba terpelihara. Buktinya, sebahagian daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka menjelaskan tentang undang-undang perhambaan. Undang-undang ini memperakukan kedudukan hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti barang, tetapi mempunyai hak yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka mengukuhkan institusi beraja di Melaka, mempertahankan sistem sosial yang adil. Peruntukan yang telah termaktub ini sebenarnya menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan baik melibatkan golongan bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba.

  Kesimpulannya, Hukum Kanun Melaka penting bagi melancarkan pemerintahan negeri. Undang-undang ini yang awalnya dipengaruhi oleh Agama Hindu, diresapi unsur Agama Islam yang ketara pada akhirnya. Hukum-hukum syarak ini meresap secara beransur-ansur. Sesungguhnya, undang-undang ini sungguh lengkap, menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan adat lembaga dan tanggungjawab pembesar, hukuman awam dan perbuatan jenayah serta perkara-perkara berkaitan dengan pertanian, perhambaan, dan kekeluargaan.

-Kesannya kepada Undang-Undang di Malaysia

     Undang-undang Melaka

• atau lebih dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka pada mulanya merupakan

peraturan yang tidak bertulis. Peraturan itu diadakan untuk melindungi kerajaan, rakyat,

dan negeri Melaka. Walaupun Hukum Kanun ini sudah dijalankan pada masa

pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-1456 M) namun ia baru ditulis dan disusun

secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1489-1511 M). Itulah

sebabnya Hukum Kanun ini hanya dianggap ada setelah tahun 1489 M. Perhatikan

bahasa yang digunakan dalam petikan Hukum Kanun atau Undang-undang Melaka ini:

– Lima perkara, yang tiada beroleh kita menurut kata itu, melainkan raja yang kerajaan juga. Pertama-tama 'titah', kedua 'berparik', ketiga 'murka', keempat 'karunia', kelima 'anugerah'. Maka segala kata ini tiada dapat kita mengatakan dia. Dan jikalau orang keluaran berkata demikian itu, digocoh hukumnya.

 

• Islam dan revolusi budayanya telah membawa perubahan ideologikal yang cukup

mendasar dalam ketatanegaraan Melayu.

• Konsep Raja telah mengalami transformasi makna atau perubahan konseptual apabila

istilah raja itu dirujuk dan dipadankan dengan peristilahan politik Islam seperti khalifah,

Sultan dan Imam. Raja boleh diertikan sebagai khalifah yang membawa makna

pengganti dan pelanjut pemerintahan nabawi yang berlandaskan Al-Quran, Al-Hadis

dan Al-Ijmak.

• Raja juga diertikan sebagai Sultan yang membawa makna penguatkuasa keadilan

hukum yang bersumberkan ajaran Allah dan RasulNya. Seterusnya, Raja boleh

diertikan sebagai imam yang membawa maksud kepemimpinan dan keteladanan.

 

• Al-Quran dan Al-Sunnah juga merupakan sumber etika kesultanan Melayu zaman

tradisi. Sumber ini memerlukan nilai-nilai dasar yang memerlukan pemerincian dalam

konteks ruang dan waktu atau realiti zaman dan suasana setempat.

• Kerana itulah wujudnya amalan di kalangan khalifah-khalifah Islam meminta para

ilmuwan zaman mereka merumuskan kod etika kekhalifahan dalam bentuk sejumlah

nasihat yang perlu dipatuhi oleh para khalifah.

• Tidak dapat dinafikan adanya Raja-Raja dalam sejarah Kesultanan kita yang

           membelakangkan etika, tetapi kejadian tersebut adalah merupakan suatu penyimpangan dan bukannya arus besar tradisi politik Melayu-Islam.

• Keilmuan adalah kriteria kepemimpinan yang sangat ditekankan oleh Islam. Keilmuan

Islam dan kepemimpinan tidak pernah terpisah.

• Para khalifah adalah tokoh-tokoh yang menepati kriteria pemimpin-ilmuwan.

• Raja juga perlu ada sifat penyayang yang menjadi penambat kasih sayang rakyat

terhadap raja. Sekiranya raja bersifat kasar, rakyat ketakutan mendorong mereka

bersikap pura-pura, bermuka-muka dan hipokrit.

• Antara raja dan rakyat perlu wujud hubungan saling sayang-menyayangi. Untuk

mewujudkan hubungan saling kasih-mengasihi, Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan pula tentang tanggungjawab Raja terhadap rakyatnya. Dalam tradisi pra-Islam, rakyatlah yang harus mengabdi kepada Raja. Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek. Tetapi Agama Islam telah mengubah tradisi tersebut dengan meletakkan tugas melayani rakyat di bahu raja. Kesedaran tentang tanggungjawab memberi khidmat kepada rakyat itu memang wujud di kalangan sebilangan raja zaman tradisi kesultanan Melayu.

Pengaruh Islam dalam bidang politik

• Terdapat perubahan yang jelas bila wujudnya kerajaan Melayu-Islam yang berpunca

dari gerakan dakwah yang datang ke rantau ini.

• Sebelum wujudnya pemerintahan yang bercorak Islam ianya didahului oleh

penempatan atau perkumpulan orang-orang Islam yang menduduki di sesuatu daerah.

Di Nusantara pertama kali terdapat masyarakat Islam yang dikenali sebagai Ta-Shih

pada tahun 674 Masihi. Ta-Shih ialah suatu panggilan kepada orang-orang Arab di

rantau ini, yang terdapat di pantai barat Sumatera dan di Jawa.

• Bagi menjamin keselamatan agama dan negara, hubungan diplomatik dilakukan

dengan kuasa-kuasa besar Islam ketika itu seperti kerajaan Turki.

• Dalam kerajaan Acheh terdapat sebuah jabatan bagi mengurus hubungan luar.

Kerajaan Acheh memulakan perhubungan persahabatan dengan kerajaan Turki pada

tahun 1516 Masihi. Menerusi hubungan tersebut Turki membekalkan alat-alat senjata

dan penasihat-penasihat tentera kepada Acheh. Dengan itu, kerajaan tersebut dapat

mengukuhkan pertahanannya terutama bagi menghadapi ancaman Portugis.

• Sebagai Negara yang menerima ajaran Islam, unsur-unsur politik Islam yang

berbentuk sejagat, saksama, adil, mengenal hak dan bertanggungjawab telah

mempengaruhi masyarakat Nusantara.

• Konsep pendewaan kepada raja-raja konsep sultan yang hanya sekadar

memuliakannya sebagi seorang yang mempunyai kuasa pemerintah, sebagai ketua

negara.

• Mereka adalah orang yang bertanggungjawab melaksanakan undang-undang,

melakukan keadilan, menjaga keamanan, memelihara hak-hak serta kepentingan

rakyat.

• Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi tidaklah

dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti zaman Hindu.

• Bagaimanapun rata-rata masyarakat masih menganggap yang sultan itu mempunyai

daulat, kedudukannya mengatasi undang-undang sehingga tidak boleh dikenakan

sebarang hukuman.

• Islam agama rasmi negara yang mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan

kemudahan sama ada dari segi penyebaran, pentadbiran dan perlaksanaan hokum

hukumnya. Selain dari undang-undang kekeluargaan Islam, perkara-perkara yang

bersangkut dengan muamalah ada juga setengah daripada undang-undang jenayah

Islam dilaksanakan walaupun secara yang kurang sempurna dan komprehensif.

• Di Melaka sebagai contoh terdapat perlaksanaan hukum zina dan mencuri secara

Islam yang terdapat dalam peruntukan Hukum Kanun Melaka. Berpandu kepada situasi tersebut, kerajaan Melaka diaktakan sebagai sebuah kerajaan Islam dan juga menjadi sebuah empayar Islam di Asia Tenggara. Begitu juga denagn kerajaan Acheh yang berpengaruh selepasnya.

 

• Islam agama rasmi negara yang mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan

kemudahan sama ada dari segi penyebaran, pentadbiran dan perlaksanaan hokum

hukumnya. Selain dari undang-undang kekeluargaan Islam, perkara-perkara yang

bersangkut dengan muamalah ada juga setengah daripada undang-undang jenayah

Islam dilaksanakan walaupun secara yang kurang sempurna dan komprehensif.

• Di Melaka sebagai contoh terdapat perlaksanaan hukum zina dan mencuri secara

Islam yang terdapat dalam peruntukan Hukum Kanun Melaka. Berpandu kepada situasi tersebut, kerajaan Melaka diaktakan sebagai sebuah kerajaan Islam dan juga menjadi sebuah empayar Islam di Asia Tenggara. Begitu juga denagn kerajaan Acheh yang berpengaruh selepasnya.

• Pengaruh Islam dalam bidang sosial

• Beransur-ansur unsur-unsur sosial Islam menyerap ke Nusantara dan dapat

mempengaruhi masyarakat. (Kasta dll)

• Komunikasi dan interaksi berjalan dengan sempurna, ianya dapat dijalin menerusi sifat

hormat-menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu. Dalam Islam unsur

unsur tersebut amat ditekankan kerana ianya merupakan sebahagian daripada amal

salih.

• Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan

oleh Islam dalam masyarakat di Nusantara. Semua ajaran Islam mengandungi unsur

unsur rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep sama taraf antara

manusia di sisi Allah. Semua manusia adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam a.s.

dijadikan dari tanah. Oleh itu yang maha berkuasa ialah Allah, Dialah yang menjadikan

segala makluk, kemudian mematikan dan akhirnya dihidupkan semula, kepadaNya

sahaja yang wajib disembah.
• Islam juga menonjolkan unsur-unsur metafizika yang berkaitan dengan rukun iman

dan perkara-perkara yang berhubung dengan Sam’iyyat di samping unsur-unsur

Hukum Syarak yang terdiri dari perkara-perkara wajib, sunat, makruh, haram dan harus.

• Unsur-unsur tersebut amat mempengaruhi pemikiran mereka, oleh itu segala kerjaya

dan tindak-tanduk mereka bukan semata-mata didorong oleh kesenangan duniawi

tetapi juga untuk mendapat keredaan Allah dan pembalasan di akhirat.

• Dalam melakukan sesuatu pekerjaan mereka lakukan secara ikhlas dan bersungguh

sungguh di samping memperhitungkan sama ada ianya halal atau haram. Tegasnya

semua kegiatan yang dilakukan sama ada dari aspek sosial, ekonomi, politik dan lain

lain adalah didasar oleh pemikiran dan petunjuk Islam.

• Pengaruh Islam dalam bidang ekonomi

• Kedatangan Islam hanya memberi suatu kelanjutan terhadap kegiatan ekonomi yang

sedia wujud atau sekurang-kurangnya memberi wajah baru atau konsep serta matlamat

baru dalam aspek perdagangan dan ekonomi masyarakat Nusantara.

• Konsep ekonomi Islam bukanlah semata-mata kebendaan tetapi keredaan Allah. Oleh

itu segala kegiatan ekonomi sentiasa dipengaruhi oleh hukum yang ditetapkan oleh

syarak, sama ada halal atau haram.

• Mereka dilarang melakukan riba, merampas, penipuan dalam jual beli, monopoli

perdagangan dan lain-lain.

• kekayaan yang didapati hendaklah dikeluarkan zakat dan amal jariah. Itulah konsep

dan matlamat akhir kebendaan dan kekayaan dalam Islam yang mempengaruhi

masyarakat Nusantara.

• Pengaruh Islam dalam bidang pendidikan

• Agama dan ilmu pengetahuan merupakan dua angkubah yang saling berkait dan

pengaruh mempengaruhi, boleh diibaratkan sebagai roh dengan jasad bagi sesuatu

badan. Tidak bergerak jasad tanpa roh begitu juga tidak berfungsi roh tanpa jasad.

Tidak sempurna iman seseorang tanpa ilmu pengetahuan begitu juga tidak berperanan ilmu secara hakikinya tanpa iman.

• Di Melaka, sultannya yang pertama, Megat Iskandar Shah 1414 Masihi hingga sultan-sultan yang akhir sebelum tahun 1511 Masihi begitu mengambil berat tentang

perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam.

• Bukan sahaja rumah-rumah, masjid dan surau berperanan sebagai pusat pengajian

Islam bahkan juga istana-istana sultan. Fungsi istana selain dari tempat belajar dan

bermuzakarah ianya berperanan sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan

penyalinan buku-buku.

• Rakyat digalakkan belajar di mana-mana sahaja pusat pengajian ketika itu dengan

memberi penekanan intensif terhadap pengajian al-Quran dan asas agama.

• Hasil dari kegiatan pengajian Islam yang dipelopori dan diawasi oleh sultan-sultan

bukan sahaja dapat menghapuskan buta huruf bahkan dapat melahirkan tokoh-tokoh

agama dari kalangan tempatan. Dikatakan Raja Alauddin Riayat Shah (1477 – 1488

Masihi) sendiri adalah seorang ulama.

• Pengajian Islam di Melaka sudah sampai ke tahap yang tinggi dan ianya bukan

menjadi peringkat pengajian yang semata-mata diletak ke bahu rakyat bahkan

golongan raja-raja dan pembesar sama-sama terlibat. Berpunca dari kemajuan ilmu

pengetahuan itulah menjadikan Melaka begitu kuat berpegang dengan ajaran Islam di

samping menjadi pusat penyibaran Islam yang terpenting di Asia Tenggara ketika itu.

• Agama Islam menyebabkan lahir satu pendidikan yang teratur dan sistematik.

Pendidikan agama yang diajar di masjid dan surau dikembangkan menjadi pendidikan

yang lebih praktikal, yang dikenali sebagai sekolah pondok. Sistem pendidikan pondok menjadi asas kepada masyarakat di Nusantara untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dalam pendidikan Islam.

• Dengan kejatuhan Melaka pada tahun 1511 Masihi, Acheh mengambilalih menjadi

pusat pengajian Islam yang dinamis di rantau ini. Kemajuan dan perkembangan

pelajaran dan pendidikan di Acheh merupakan satu kesinambungan yang diasaskan

oleh kerajaan Perlak dan Pasai sebelumnya. Para ulama dipandang tinggi sehingga

seseorang ulama boleh memangku jawatan sultan bila ia mangkat sebelum dilantiknya sultan yang baru. Kedudukan ilmu pengetahuan begitu penting di Acheh, di mana ia dijadikan syarat bagi seseorang calon untuk memegang sesuatu jawatan dalam kerajaan. Selepas zaman kegemilangan Acheh, pelajaran dan pendidikan Islam tersibar melalui pusat-pusat pengajian di Jawa, Riau, Banjar, Patani, Kedah, Kelantan dan sebagainya.

 

• Pengaruh Islam dalam perundangan

• Undang-undang Melaka sebagai contoh jelas kerana ia bukan sahaja dilaksanakan di negeri Melaka bahkan di seluruh negeri-negeri di Sumatera. Ia diindoktrinasikan oleh kerajaan Islam Acheh yang mengambilalih kuasa politik, perundangan dan pendidikan selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 Masihi.

Hukum Kanun ini mengandungi 2 bahagian:

• Pertama, undang-undang negeri yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka atau

Undang-undang Melaka, mengandungi undang-undang jenayah, muamalah, keluarga,keterangan dan acara, syarat-syarat menjadi raja serta tanggungjawab mereka dan pembesar-pembesar negeri terhadap pemerintahan.

• Kedua ialah Undang-undang Laut Melaka yang mengandungi perkara-perkara yang

berhubung dengan peraturan pelayaran dan perniagaan, kesalahan jenayah

perdagangan serta bidang kuasa nakhoda kapal. Oleh kerana Hukum Kanun Melaka

adalah undang-undang induk yang meliputi undang-undang lain di dalam negeri di

samping pengaruhnya terhadap negeri-negeri Melayu di bawah empayarnya, amatlah

jelas ianya dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan.
• Undang-undang Syariah telah diamalkan oleh kerajaan Islam. Undang-undang ini

berkaitan dengan jenayah dan hal-hal awam seperti perkahwinan, jual-beli dan

pembahagian harta pusaka. Terdapat peruntukan yang menyatakan bahawa sesuatu

perkahwinan hendaklah dilangsungkan oleh orang-orang tertentu yang dilantik oleh

Sultan. Persetujuan wali adalah wajib dan dalam kes-kes yang tertentu Sultan boleh

bertindak sebagai wali.
• Kesimpulan

Berdasarkan tradisi sosial sebagaimana yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu,

ternyata agama Islam telah menjadi agama rasmi Melaka. Dalam sistem pemerintahan pada masa itu jelas bahawa raja-raja telah melantik kadi sebagai penasihat mereka berhubung dengan hal-ehwal agama.

Islam merupakan cara hidup yang sempurna, mencakupi semua aspek kehidupan

manusia. Ini bermakna bahawa segala kegiatan politik, sosial, ekonomi, ideologi,

undang-undang, ketenteraan dan kepercayaan terarah sesuai dengan agama

Islam. Haluan politik kerajaan di Nusantara selepas kedatangan Islam adalah

berasaskan kepada ciri-ciri politik Islam. Sultan haruslah memerintah secara adil,

berasaskan kepada hukum Syariah yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

Pengaruh Islam menyebabkan lahirnya satu sikap di kalangan masyarakat Nusantara iaitu pemberian sedekah. Setiap tahun, peratusan tertentu dari pendapatan mereka disedekahkan kepada orang miskin. Kedatangan Islam juga telah melahirkan ilmu pengetahuan yang memberi manfaat kepada masyarakat Melayu. Pendidikan Islam merupakan proses yang berperanan membawa perubahan kepada sekalian manusia yang membawa kepada kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.

To be informed of the latest articles, subscribe:
Comment on this post
I
Cari maklumat tentang Bendahara Melaka melalui pelbagai sumber.Bentangkan kepada kelas.
Reply
M
Mohon untuk berkongsi maklumat tentang melaka. Terima kasih.
Reply